Posts

INI SEBENARNYA RAHSIA NAK JADI ANAK EMAS BOSS!

Image
4 CARA TERMUDAH MENJADI PEKERJA KESAYANGAN BOS! 😍 Hai, Assalamualaikum dan selamat sejahtera Malaysia! Tengah otw ke tempat kerja ke tu? Saya doakan anda selamat pergi dan pulang dan berhati-hatilah di jalan raya. Cuba ambil 5 minit untuk anda terokai 4 cara mudah untuk mengambil hati bos anda, kalau kena dengan rezeki, anda boleh jadi pekerja kesayangan bos! 😍 Selamat mencuba!

85% LELAKI TIDAK TAHU KEMEJA MANA YANG SESUAI DENGAN BENTUK BADAN MEREKA

Image
85% LELAKI MALAYSIA MASIH BELUM MENGETAHUI KEMEJA MANA YANG SESUAI DENGAN BENTUK BADAN MEREKA! Ya, anda tidak salah baca. Memang itu hakikatnya. Berapa ramai lelaki daripada kalangan keluarga kita, rakan-rakan kita yang tidak pernah ambil tahu berkenaan kemeja mana yang perlu mereka pakai untuk nampak lebih menyerlah dan bergaya. 😢 Kebanyakan lelaki ni, masalah mereka adalah bila nak beli baju kemeja, mereka main pilih je mana yang rasa-rasa sesuai dan murah tanpa emreka ketahui adakah kemeja itu menepati bentuk badan mereka ataupun tidak. Tidak hairan jika kita banyak kali melihat ada lelaki yang pakai kemeja selekeh, menggelebeh, nampak sendat, nampak gemuk dan langsung tidak menarik, betul ke betul? Terima kasih kerana mengangguk. Jadi harini kami nak share dengan anda tiga jenis kemeja yang semua lelaki perlu tahu untuk menepati bentuk badan mereka agar lepasni mereka boleh lah nampak lebih bergaya apabila pergi ke kelas atau tempat kerja 😍 1) Box Pleat/Lipatan Tengah ...

Bagaimana Memulakan Perniagaan (Memahami Apa Itu Overhead)

Image
Assalamualaikum, salam sejahtera semua. Syukur kita dapat bertemu lagi dalam perbincangan kita kali ini. Jadi dalam posting saya yang lepas, saya dah secara ringkasnya menjelaskan berkenaan pemasaran, apa yang kita faham, terdapat dua jenis pemasaran iaitu direct marketing, dan indirect marketing. So, hari ini, saya nak sambung lagi dengan satu lagi perkara yang anda sebagai pemilik perniagaan perlu tahu dan fahami sebelum memulakan perniagaan iaitu OVERHEAD. Apa itu overhead? Mari sama-sama kita bincangkan. Di dalam syarikat perkilangan, buruh langsung, bahan dan belanja langsung senang dikenalpasti di dalam kos pengeluaran namun overhead tidak dapat dikenalpasti di dalam kos pengeluaran walaupun ia terlibat di dalam proses pengeluaran. 1. Definisi Overhead merupakan jumlah kos bahan tidak langsung, buruh tidak langsung dan belanja tidak langsung. Disebabkan sifatnya tidak langsung itulah menjadikan ia susah dikenalpasti dan tidak menjadi sifat semulajadi ke...

Bagaimana Memulakan Perniagaan (Pemasaran 2)

Image
Di dalam posting sebelum ini saya telah berkongsi kepada anda berkenaan jenis pemasaran langsung atau direct marketing. Sekarang mari kita sama-sama cuba memahami apakah itu pula pemasaran tidak langsung. 2. Pemasaran Tidak Langsung Pemasaran Tidak Langsung adalah strategi untuk mempromosikan suatu produk/servis yang ditujukan untuk menyentuh dan mempengaruhi hasrat bakal pelanggan secara tidak langsung. Pemasaran ini boleh kita jumpai dalam bentuk iklan, hubungan masyarakat, tanggungjawab sosial mahupun pemasaran interaktif di Internet secara tidak langsung. 2.1 Media Iklan Dalam kehidupan seharian kita, iklan amat mudah ditemukan, di mana-mana sahaja terdapat iklan baik di televisyen, media cetak, radio dan lain-lain. Contoh media iklan adalah 1Klassified, Iklan Niaga, dan sebagainya. 2.2 Hubungan Masyarakat (Public Relation) Media yang digunakan untuk menyebarkan informasi kepada masyarakat secara meluas, dalam konteks pemberitahuan hal-hal penting, mulai...

Bagaimana Memulakan Perniagaan (Pemasaran 1)

Image
 Assalamualaikum, salam sejahtera semua. Dalam posting saya yang sebelum ini kita sudah membincangkan berkenaan langkah-langkah asas dalam memulakan sesuatu perniagaan. Maka, dalam posting ini saya akan sentuh beberapa perkara berkaitan Pemasaran (Marketing). Terdapat beberapa jenis pemasaran yang wajib anda ketahui sebagai pemilik perniagaan/usahawan. 1. Direct Marketing Direct Marketing adalah kegiatan promosi yang dilakukan oleh pihak tertentu atau pemilik perniagaan itu sendiri dengan cara turun ke lapangan bertemu orang ramai dalam usaha mengenalkan produk mereka kepada orang ramai mengikut strategi dan tahap-tahap pemasaran yang telah dirancang di pejabat. 1.1 Personal Selling Personal selling adalah proses promosi atau penjualan yang dilakukan oleh pemilik perniagaan dengan cara bersemuka dengan prospek, membentuk kefahaman prospek terhadap produk, sehingga berakhir dengan pembelian produk oleh prospek dan menjadikan mereka pelanggan baru. ...

Bagaimana Untuk Memulakan Perniagaan

Image
Assalamualaikum, salam sejahtera semua. Seperti yang saya ceritakan di dalam profil saya, saya seorang usahawan. Siang dan malam, masa saya diisi dengan berhubung dengan prospek, pelanggan dan mungkin juga pembekal. Whatsapp saya tak usah kata, memang penat kalau nak balas mesej seorang demi seorang. Jadi berbalik kepada tajuk, bagaimana anda memulakan perniagaan? Senang, ikuti cadangan langkah berikut, semua ini adalah langkah-langkah yang saya lakukan sebelum berjaya menubuhkan SMART JETAK. 1. Idea Perniagaan Amat penting untuk anda mempunyai satu pelan dan idea yang kukuh sebelum memulakan apa apa jenis perniagaan. Rajinkan diri untuk menulis semua pelan perniagaan anda supaya anda tetap kekal 'on-track' dalam memulakan perniagaan anda. Apa yang perlu anda ada dalam perancangan perniagaan anda? Kenalpasti apa barangan yang anda ingin jual. Anda boleh nilai sendiri di mana kekuatan anda, jika anda minat membuat kek, maka mungkin anda boleh memulakan ...

Sebuah Permulaan

Image
Assalamualaikum, selamat sejahtera semua. Pada mulanya saya tidak berminat untuk menulis dalam bentuk blog kerana minat saya lebih terarah kepada menulis cerpen, artikel, dan novel. Namun, dengan perkembangan teknologi kini saya merasakan adalah tidak patut saya membiarkan diri saya ketinggalan dalam mengikuti trend. Maka dengan itu, terbina lah blog Pena Menari Zulhilmi ini. Fokus saya untuk blog ini adalah untuk berkongsi pengalaman hidup, ilmu pengetahuan di mana saya akan lebih terarah kepada ilmu-ilmu perniagaan, perakaunan dan IT misalnya. Semoga anda mendapat sedikit sebanyak kebaikan daripada perkongsian saya, InshaAllah. Sebagai seorang usahawan, masa saya mungkin tidak akan banyak diluangkan di sini, namun saya akan cuba untuk luangkan masa seberapa banyak mungkin untuk menulis di blog ini. Saya memulakan perniagaan dengan Smart Jetak Enterprise pada awal tahun 2019, mulanya saya bermula dengan sistem dropship sebelum saya berjaya mendaftarkan perniagaan saya dengan S...