Bagaimana Memulakan Perniagaan (Pemasaran 1)



 Assalamualaikum, salam sejahtera semua. Dalam posting saya yang sebelum ini kita sudah membincangkan berkenaan langkah-langkah asas dalam memulakan sesuatu perniagaan.

Maka, dalam posting ini saya akan sentuh beberapa perkara berkaitan Pemasaran (Marketing).

Terdapat beberapa jenis pemasaran yang wajib anda ketahui sebagai pemilik perniagaan/usahawan.

1. Direct Marketing

Direct Marketing adalah kegiatan promosi yang dilakukan oleh pihak tertentu atau pemilik perniagaan itu sendiri dengan cara turun ke lapangan bertemu orang ramai dalam usaha mengenalkan produk mereka kepada orang ramai mengikut strategi dan tahap-tahap pemasaran yang telah dirancang di pejabat.


1.1 Personal Selling

Personal selling adalah proses promosi atau penjualan yang dilakukan oleh pemilik perniagaan dengan cara bersemuka dengan prospek, membentuk kefahaman prospek terhadap produk, sehingga berakhir dengan pembelian produk oleh prospek dan menjadikan mereka pelanggan baru.


1.2 Direct Mail Marketing

Pemasaran direct mail adalah kegiatan promosi yang memberikan penawaran, peringatan, informasi, brosur, mahupun pemberitahuan kepada seseorang yang berada di lokasi berbeza. Selalunya jutaan pengiriman akan dilakukan dengan target pemasaran yang selektif.


1.3 Telemarketing

Kegiatan promosi yang dilakukan dengan menggunakan kaedah panggilan telefon yang kemudiannya disusuli dengan perjumpaan ataupun pengiriman barang kepada pembeli.

Telemarketing mempunyai potensi besar dalam meraih pelanggan menurut pakar kerana kaedah visual yang digunakan walaupun penjual tidak bertemu muka dengan prospek atau bakal pembeli. Terdapat banyak tips telemarketing yang terbukti berjaya salah satunya adalah bercakap dengan sopan, mengetahui etika panggilan telefon, menjelaskan mengenai produk dengan baik, etc. 


1.4 Online Marketing

Kegiatan promosi yang memanfaatkan pihak ketiga (Media Sosial contohnya), baik dilakukan, sama ada dilakukan sendiri atau menggunakan khidmat Google Adwords atau FB Ads. Kebiasaannya pemasaran secara online atau online marketing ini akan menjangkau prospek yang lebih luas. 


Comments

Popular posts from this blog

Bagaimana Memulakan Perniagaan (Memahami Apa Itu Overhead)

Sebuah Permulaan

Bagaimana Untuk Memulakan Perniagaan