Bagaimana Memulakan Perniagaan (Memahami Apa Itu Overhead)
Assalamualaikum, salam sejahtera semua. Syukur kita dapat bertemu lagi dalam perbincangan kita kali ini. Jadi dalam posting saya yang lepas, saya dah secara ringkasnya menjelaskan berkenaan pemasaran, apa yang kita faham, terdapat dua jenis pemasaran iaitu direct marketing, dan indirect marketing.
So, hari ini, saya nak sambung lagi dengan satu lagi perkara yang anda sebagai pemilik perniagaan perlu tahu dan fahami sebelum memulakan perniagaan iaitu OVERHEAD.
Apa itu overhead? Mari sama-sama kita bincangkan.
Di dalam syarikat perkilangan, buruh langsung, bahan dan belanja langsung senang dikenalpasti di dalam kos pengeluaran namun overhead tidak dapat dikenalpasti di dalam kos pengeluaran walaupun ia terlibat di dalam proses pengeluaran.
1. Definisi
Overhead merupakan jumlah kos bahan tidak langsung, buruh tidak langsung dan belanja tidak langsung. Disebabkan sifatnya tidak langsung itulah menjadikan ia susah dikenalpasti dan tidak menjadi sifat semulajadi kepada keluaran yang dikeluarkan.
2. Pengkelasan Overhead
2.1 Overhead Pengeluaran
- Merupakan kos yang terlibat secara tidak langsung dengan pengeluaran
- Contohnya, bahan tidak langsung, upah tidak langsung, insuran loji, sewa kilang dan lain-lain
2.2 Overhead Pentadbiran
- Merupakan kos tidak langsung yang wujud daripada pentadbiran organisasi seperti penubuhan dan pengurusan organisasi.
- Contohnya, gaji pekerja pentadbiran, yuran audit, belanja alat tulis dan lain-lain.
2.3 Overhead Jualan Dan Pengagihan Barangan Keluaran
- Merupakan kos yang terlibat dalam memperolehi pesanan barangan sehinggalah pengagihan barangan.
- Contohnya, kos pengiklanan, gaji dan komisen jurujual, pengangkutan dan pembungkusan.
Setakat ini sahaja untuk posting berkenaan Overhead, insyaAllah saya akan kongsikan mengenai perbezaan overhead yang diuntukkan dengan yang diagihkan dalam posting seterusnya, nantikan!
Comments
Post a Comment