Bagaimana Untuk Memulakan Perniagaan
Assalamualaikum, salam sejahtera semua. Seperti yang saya ceritakan di dalam profil saya, saya seorang usahawan. Siang dan malam, masa saya diisi dengan berhubung dengan prospek, pelanggan dan mungkin juga pembekal. Whatsapp saya tak usah kata, memang penat kalau nak balas mesej seorang demi seorang.
Jadi berbalik kepada tajuk, bagaimana anda memulakan perniagaan? Senang, ikuti cadangan langkah berikut, semua ini adalah langkah-langkah yang saya lakukan sebelum berjaya menubuhkan SMART JETAK.
1. Idea Perniagaan
Amat penting untuk anda mempunyai satu pelan dan idea yang kukuh sebelum memulakan apa apa jenis perniagaan. Rajinkan diri untuk menulis semua pelan perniagaan anda supaya anda tetap kekal 'on-track' dalam memulakan perniagaan anda.
Apa yang perlu anda ada dalam perancangan perniagaan anda?
Kenalpasti apa barangan yang anda ingin jual. Anda boleh nilai sendiri di mana kekuatan anda, jika anda minat membuat kek, maka mungkin anda boleh memulakan perniagaan bakery. Kalau anda minat membaiki motor atau mempunyai kemahiran ke arah automotif, anda mungkin sesuai memulakan perniagaan bengkel kereta ataupun motor. Yang penting, cari dulu di mana kekuatan anda dan passion di dalam diri kerana itu yang akan membuatkan anda lebih fokus dan mencintai perniagaan dan usaha anda.
2. Modal
Setiap perniagaan haruslah mempunyai modal untuk dikeluarkan. Saya bagi contoh, semasa saya mula-mula menubuhkan SMART JETAK, saya keluarkan modal sebanyak RM5000, melalui simpanan gaji bekerja di merata tempat dan dari pelbagai bidang. Anda juga mungkin boleh memohon pinjaman peribadi di bank jika sudah bekerja tetap melebihi 3 bulan. Ataupun, anda juga boleh mengajak kawan-kawan anda untuk memulakan perniagaan bersama anda, kelebihannya adalah anda bakal mempunyai modal yang lebih besar. Dengan modal yang anda ada itu, maka rancanglah strategi perniagaan anda, allocate modal itu untuk stock, marketing, dan sebagainya.
3. Daftarkan Perniagaan Di SSM
Untuk membeli kepercayaan pelanggan, seeloknya anda mendaftarkan perniagaan anda di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), dengan itu pelanggan akan tahu anda sedang menjalankan perniagaan secara sah. Terdapat 3 jenis perniagaan yang anda boleh daftarkan iaitu Pemilikan Tunggal (Enterprise), Partnership, atau anda boleh tubuhkan syarikat terus (SDN BHD). Yuran SSM tidak lah mahal bagi pendaftaran perniagaan pemilikan tunggal, hanya di bawah RM100 sahaja. Jangan lepaskan peluang ini!
4. Start Small, Grow Big
Jangan terlalu ghairah untuk terus membeli stock yang banyak. Anda seharusnya memfokuskan kepada pengenalan perniagaan anda kepada orang ramai dahulu. Saya cadangkan anda bermula dengan kuantiti stok yang sedikit dan senang dijual seperti barangan bayi, servis printing (fotostat, fotokopi, laminate, binding), makanan dan minuman, dan fokus untuk mempamerkan produk anda ke seberapa ramai prospek yang boleh. Anda boleh gunakan medium FBAds (akan dibincang lanjut) untuk mengiklankan perniagaan anda kepada penduduk setempat mahupun yang berada jauh dari lokasi anda. Semakin besar lingkungan prospek anda, automatik bilangan pelanggan akan lebih ramai, InshaAllah.
Cukup 4 langkah sahaja dulu untuk perbincangan kali ini, inshaAllah saya akan hurai lanjut dalam posting yang akan datang. Semoga anda mendapat sesuatu daripada posting kali ini. Assalamualaikum.

Comments
Post a Comment