☆ Musafir Kasih, Layar Percintaan ☆
Prologue
Kedengaran bunyi kerusi di meja kopi luar rumah ditarik perlahan, seretan antara kaki kerusi dan lantai seramik kesayangan Umi menghasilkan pencemaran bunyi pertama yang memecahkan kesunyian pagi Ahad yang mana kebiasaannya dijadikan sebagai kesempatan para pekerja dan pelajar-pelajar mengganti kembali masa tidur mereka yang telah dibazirkan untuk ke pejabat dan sekolah.
Asap rokok dihembus keluar dari rongga mulut, dituruti dengan petikan jari di puntung untuk menanggalkan sisa rokok yang telah terbakar menjadi abu. Zul masih belum pasti apa yang mahu dilakukan hari itu, di dalam kepalanya penuh dengan perancangan yang dia rasakan perlu diselesaikan sebelum kembali ke kampusnya yang terletak di Jasin, Melaka jam 8.30 malam nanti. Rokok disedut lagi, asap dihembus tinggi ke udara ditambah dengan beberapa hembusan asap berbentuk 'O' ke arah hadapan.
Rutin hariannya yang damai itu kemudian dihancurkan dengan satu suara yang begitu familiar di telinganya. Umi yang sejak tadi sudah bangkit dari tidur yang lena - kebiasaan bagi suri rumah, hari cuti akan dihabiskan dengan melakukan pelbagai kerja rumah sejak awal pagi lagi - perasan akan perbuatan anak terunanya itu, meninggi suara.
"Awal pagi kau dah telan rokok eh abang! Belum makan mandi apa lagi dah telan rokok dulu dah? Tak sayang body ke? Cuba lah bangun pagi tu siram pokok umi belakang rumah tu ke takpun buatkan sarapan adik adik kau ke ade lah jugak eloknya".
Zul yang sudah lali dengan 'ucapan selamat pagi' ibunya tersebut segera mematikan puntung rokoknya yang masih berbaki separuh, diketisnya puntung itu masuk ke dalam tong sampah lalu bangkit dengan segera masuk ke dalam rumah. Risau dia ibunya akan mula membebel tanpa henti jika dia tidak mengendahkan 'sapaan' itu dan terus merokok, pasti sampai ke malam dia akan dengar bebelan ibunya yang nyaring itu.
"Kau dah settlekan ke dengan dia?" Husna, kakak sulung Zul yang entah dari mana datangnya berdiri tercegat di sebelah Zul, bertanya dengan riak muka yang langsung tak memberikan gambaran bahawa dia sedang bergurau.
"Ye nanti lah aku cakap kat betina tu, ws je pun bukan kena hantar surat rasmi siak" balas Zul sambil berlalu terus ke dapur.
"Aku nak harini jugak kau settlekan, takpayah nak fikir dah pasal betina tu" kuat kalini kata-kata yang keluar daripada mulut Husna. Umi hanya memandang kedua anaknya itu dengan pandangan kosong, nafas dihela.
"Haih cepatlaa selesai, tak sanggup lagi dah tengok".
Bab 1
"Nan aku nan aku ada pass pass awal lah awal lah!" Zul menjerit meminta bola daripada Hannan.
"Zul! Nah!" Satu hayunan tangan ke arah kiri dilakukan oleh Hannan, melepaskan satu hantaran bola yang deras yang ditangkap kemas oleh Zul, dengan hanya sedikit larian ke arah hadapan, Zul sudahpun berjaya menghasilkan satu skor try dalam permainan ragbi sentuh petang itu.
"Macam tu laa Naaan bola ngam soiiii je datang kat aku hahaha" kata Zul. Hannan hanya mampu memberikan senyuman, semput di dada kerana berlari ke hulu ke hilir tadi benar benar membuatkan dia menyesal kerana merokok sebelum turun ke padang tadi.
"Uuuuuyai penat sial! Babi laaa stamina cani cane nak tournament next week siaaa" Keluh Hannan.
"Alaaa ko rilek la bodo, nanti kita buat la fitness sama sama dua tiga hari nak game. Macam la tak biasa hahaha" Zul membalas sambil tangannya menepuk-nepuk belakang kawannya itu.
"Dah lah tu habis la untuk harini, nak maghrib dah ni, thats all for today, jumpa lagi esok, pukul 5 sharp!" Zul bernada tegas sambil tangannya dijulang ke atas.
"Okay on me, ONE CHEER FOR STRAITSHAWK, HEE!!" laung Zul penuh semangat dan garang. Tangannya disambut oleh semua rakan-rakan yang lain sebelum satu sorakan yang maha kuat dilaung oleh kesemuanya...
"HEEEEE!!!!"
Zul berjalan beringingan dengan Hannan, menuju ke kolej kediaman mereka yang berada di sebelah padang sahaja. Matanya tiba-tiba tertangkap kepada sekujur tubuh yang berada tidak jauh daripada kawasan padang ragbi itu. Seorang perempuan berkulit putih, pipi sedikit tembam, badannya agak cantik dengan potongan ala ala model tempatan Fazura. Di sebelah perempuan itu ada seorang perempuan lagi, mungkin mereka berdua kawan.
"Nan, tu sape" Zul bertanya kepada Hannan, tangan kawannya itu dicuit untuk menarik perhatian.
"Ha sape? Yang mane?" Hannan tak tentu arah mencari siapa yang dimaksudkan Zul tadi. Di atas padang UiTM Jasin itu bukan ada sorang dua sahaja perempuan.
"Tu laa bawah pokok besar tu, yang pakai baju MU tu." Zul menjuihkan bibirnya ke arah di mana dua orang perempuan itu sedang duduk.
"Ooooh tu ke, tu dak batch aku laa, Ain" Hannan memberitahu. Tidaklama kemudian mereka berdua berjalan melintasi kedua dua budak perempuan tadi. Zul menjeling kucing ke arah Ain, dilihatnya sepintas lalu dari muka sampai lah ke kaki. Kemudian pandangannya dihalakan semula ke depan bila Ain perasan akan jelingannya sebentar tadi.
Beberapa langkah setelah mereka berjalan menjauhi Ain dan rakannya tadi, Zul memusingkan badannya menghadap Hannan. Hannan kaget..
"Uikkk kauu walaowehh tetibe drift kat sini pehal?" Zul memandang ke dalam mata kawannya itu, dia ada sesuatu nak dicakap.
"Lawa bodo nan perempuan tadi" itu sahaja ayat yang keluar dari mulut Zul. Hannan sudah tersengih, dia sudah agak kawannya itu pasti akan cakap pasal ini. Dia faham benar taste kawannya.
"Aku tahu, Ain memang lawa, dah tu kau cakap lawa lawa bila nak dapat? Try la tunggu pe lagi sial" Hannan menampar bontot Zul perlahan ditambah dengan senyuman terukir di bibir. Hannan meneruskan langkahannya ke arah kolej kediaman.
Zul masih berdiri di situ memandang ke arah Ain, ketika itu Ain dan kawannya sedang bangun daripada duduk, mungkin mereka juga sudah selesai mencuci mata dan ingin balik ke bilik di kolej kediaman. Zul memerhatikan sahaja langkah keduanya. Matanya tertumpu kepada Ain.
"One day Ain, one fucking fine day...." Bisik Zul dalam hati. Beliau berpaling ke belakang seraya meneruskan langkahnya balik ke bilik.
Comments
Post a Comment