85% LELAKI TIDAK TAHU KEMEJA MANA YANG SESUAI DENGAN BENTUK BADAN MEREKA
85% LELAKI MALAYSIA MASIH BELUM MENGETAHUI KEMEJA MANA YANG SESUAI DENGAN BENTUK BADAN MEREKA!
Ya, anda tidak salah baca. Memang itu hakikatnya. Berapa ramai lelaki daripada kalangan keluarga kita, rakan-rakan kita yang tidak pernah ambil tahu berkenaan kemeja mana yang perlu mereka pakai untuk nampak lebih menyerlah dan bergaya. 😢
Kebanyakan lelaki ni, masalah mereka adalah bila nak beli baju kemeja, mereka main pilih je mana yang rasa-rasa sesuai dan murah tanpa emreka ketahui adakah kemeja itu menepati bentuk badan mereka ataupun tidak.
Tidak hairan jika kita banyak kali melihat ada lelaki yang pakai kemeja selekeh, menggelebeh, nampak sendat, nampak gemuk dan langsung tidak menarik, betul ke betul? Terima kasih kerana mengangguk.
Jadi harini kami nak share dengan anda tiga jenis kemeja yang semua lelaki perlu tahu untuk menepati bentuk badan mereka agar lepasni mereka boleh lah nampak lebih bergaya apabila pergi ke kelas atau tempat kerja 😍
1) Box Pleat/Lipatan Tengah
Kemeja yang ada lipatan tengah di bahagian belakang baju ini sesuai dipakai oleh lelaki yang perlukan ruangan yang lebih di bahagian perut. Bagi mereka yang mempunyai bahagian perut yang besar amat digalakkan memilih kemeja sebegini. Untuk mereka yang kurus pula, ia akan menampakkan keadaan yang kurang kemas.
2) Side Pleats/Lipatan Tepi
Kemeja yang mempunyai lipatan kiri dan kanan di belakang baju sebenarnya dibuat untuk lelaki yang perlukan ruangan yang lebih di bahagian dada, bahu dan lengan. Contohnya mereka yang mempunyai bahu atau lengan yang berisi atau berotot.
3) Pleatless/Tiada Lipatan
Kemeja yang tidak ada sebarang lipatan di bahagian belakang baju dibuat khusus untuk lelaki yang tiada masalah lebihan isi di bahagian perut atau bahagian badan yang lain. Untuk mereka berbadan sederhana potongan Regular Fit harus menjadi pilihan berbanding Slim Fit.
Haa so lepasni bila nak beli baju kemeja, pastikan anda kenali dulu bentuk badan anda dan cuba cari kemeja yang sesuai dengan anda, barulah nampak macho lepasni! 😎

Comments
Post a Comment